Thursday, 25 December 2014

@Janda Baik 25/12/2014 - Besties Outing Daytrip

Seronok mandi manda semalam. Release stress aku! kawan - kawan pon sporting je..
Mandi mandi kat Janda baik pada 25/12/2014 sempena Public holiday.

Sebelum mandi makan dulu...kekekekekekek. Tebalkan lemak sebelum masuk air sejukk!



Saturday, 20 December 2014

Movie Date ( The Hobbit - End Series )


Fuh best tengok citer nieee!.. walaupun part naga tuu kejap je.... hahahahha naga sebenar kat sebelah ada kan...hahhahaha. 
Tgk 3D lagi  best!...percikkan api masa perang memang real...cam nk terkena muka.... 5 bintang bagi kat movie nie!...
Tgk movie nie kekadang boleh la jugak releasekan stress. Bukan selalu tapi sometime kita kena keluar gak dari dok menepek je kat umah...ye seperti aku ni jahit baju xpernah siap...asik tetas je baju...penuh benang kat dlm bilik....erkkkkkkk...muntah!

Thursday, 18 December 2014

Cucur Campur Untuk Buka Puasa



Ini cerita semalam masa buka puasa! Gara-gara tengok resepi ringkas kat FB...Nahhhh rasakan...memang best gilerr cucur @ aka jeputttt wat sendiri.

Sedapp tak??? hehehehehehhe...

Sesapa nak buat jugak, ni ha resepi kat bawahh...



Resepi Cucur Bilis Bawang

Bahan Bahan

1. Tepung Gandum
2. Ikan Bilis 
3. Cili Merah ( Besar )
4. Daun kucai
5. Telur
6. Secubit Garam
7. Bawang Merah ( 2 Biji Kecil )

Cara Cara

1. Cili merah/bawang merah/daun kucai dihiris halus
2. Ikan Bilis ditumbuk
3. Masukkan tepung gandum dan campur semua bahan kecuali telur
4. Gaulkan dan masukkan sedikit demi sedikit air.
5. Akhir sekali pecahkan sebiji telur and gaul hingga sebati.
6. Panaskan Minyak masak dalam kuali dan bila cukup panas boleh goreng. ( Sukatan nk goreng tu suka hati la...heheheheheh )

Selamat Mencuba!


Wednesday, 17 December 2014

The Treats @ KL Central


Nasi Kerabu KL Central Wallaaaa!

You all pernah pergi tak makan nasi kerabu kat KL Central ? Wallaaaaa sedapppp.

Tekala hati rindu nak makan masakan kelate, kat sini la selalu pergi. Nie jugak tempat lepak kakak saya bersama geng2 Darul Naim dia.

Tapi xsemuanya makanan kelate. So far, saya try yg nie je...sebab sedapp dan berbaloii...oiiiii kecur air liur...dahla puasa hari nieeee! Tak Tahan!

Nak Tau apa nama tempat dia ? ha nie diaaaaa!

The Treats @ KL Central