Wednesday 28 June 2017

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Gerenti Sedap



Assalamualaikum

Lama kan Mek tak update blog, hihihi maaflah kesibukan yang teramat sangat. Bulan puasa plak berniaga online buat baking ditambah dihujung ramadan ramai pula yang order, tak menang tangan Mek. Ada yang terpaksa Mek cancel order sebab tiada bekalan air dirumah. Maafkanlah ye kekurangan Mek. 

Okay, berbalik pada ayam masak merah. Mek masak resepi di malam raya, Yelah kan nak makan dengan lemang dan nasi impit. Mek berusaha la cari resepi 3hari sebelum raya hahaha.

Resepi ni Mek ambik dari blog Cik Azie atau Azie Kitchen . Resepi ni pun Cik Azie ambik dari blog orang lain jugak. 

Meh terjah, Maaf lah ye Mek takde letak steps bergambar. Cuma resepi dan cara cara sahaja Mek buat. Gambar pon ini sahaja sempat snap sebab sedap sangat kan.



Ayam Masak Merah

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - Mek agak agak je
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal - Mek tak letak

Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.

Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi dan kacau, masukkan air jika suka kuah yang kurang pekat.

Selepas itu Masukkan santan , tomata, gula dan garam. Kacau dan tutup api bila sudah masak sepenuhnya.

Siap.

Bolehla dimakan dengan nasi tomato, nasi minyak untuk tetamu yang datang. Apa lagi, jom ke dapur.


1 comments:

Anonymous said...

Howdy! I could have sworn I?ve visited this website
before but after going throjgh some of the posts I realized it?s new to
me. Anyways, I?m certainly happy I stumbled upon it and I?ll
be bookmarking it and checking back often!

Post a Comment