Thursday 6 April 2017

Kek Pisang Sedap


Kek Pisang Sedap

Sesuai di makan pagi atau petang hari. Sesuai juga di majlis keraian nikah kahwin, tahlil, bertunang, meeting , majlis hari jadi dan lain lain. Sesuai juga untuk majlis majlis terbuka atau open house.
Harga dibawah ye.


Kek Pisang Sedap LESS sugar
RM 10 Sekotak. 8" x 8"
RM 15 Sekotak 10" x 10"




  

Untuk yang tak gemar membeli dan ingin cuba buat sendiri, sila tengok resepi di bawah ye.

Resepi Asal dari Azlina Ina

Bahan- bahan
Pisang Berangan 3biji atau pisang emas 4Biji
1 Cawan Gula Castor ( Mek letak 1/2 cawan )
3 Biji Telur Gred A - Kalo guna gred B 4Biji ye
1 Sudu Besar Ovellette 
1 Cawan Minyak Masak
1 1/2 Tepung Gandum *
1/2 Sudu Kecil Soda Bicarbonat* ( Mek Letak 1Sudu )
1 Sudu Kecil Baking Powder* ( Mek Letak 3/4 Sudu Besar )
4 Sudu Besar Tepung Jagung*
1 Sudu penutup esen vanilla atau Perasa Vanila

Cara Cara
1. Lenyekkan pisang dan biarkan seketika.
2. Masukkan gula, minyak, ovellete dan telur dalam blender. Blend selama 1-2minit, pastikan gula hancur ye.
3. Selepas itu masukkan pisang yang dilenyek tadi dan blend skali lagi biar sebati.
4. Ayak bahan yang bertanda * dan masukkan dalam bowl.
5. Masukkan bahan blender tadi di dalam bowl yang berisi tepung tadi and whick biar sebati.
6. Akhir sekali masukkan esen vanila dan kacau.
7. Sediakan baking paper dalam bekas atau sapukan minyak atau butter atas bekas. Sesudah itu tuangla adunan tadi. Pada yang nak letak pisang tu hirisla pisang ye, sesuka hati la nak nipis atau tebal. Mek suka tebal, tak adalah pisang mek hangus.
8. Bakar pada suhu 170 darjah , 35 Minit - Bergantung pada oven masing masing ye.