Wednesday, 28 June 2017

Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Gerenti Sedap



Assalamualaikum

Lama kan Mek tak update blog, hihihi maaflah kesibukan yang teramat sangat. Bulan puasa plak berniaga online buat baking ditambah dihujung ramadan ramai pula yang order, tak menang tangan Mek. Ada yang terpaksa Mek cancel order sebab tiada bekalan air dirumah. Maafkanlah ye kekurangan Mek. 

Okay, berbalik pada ayam masak merah. Mek masak resepi di malam raya, Yelah kan nak makan dengan lemang dan nasi impit. Mek berusaha la cari resepi 3hari sebelum raya hahaha.

Resepi ni Mek ambik dari blog Cik Azie atau Azie Kitchen . Resepi ni pun Cik Azie ambik dari blog orang lain jugak. 

Meh terjah, Maaf lah ye Mek takde letak steps bergambar. Cuma resepi dan cara cara sahaja Mek buat. Gambar pon ini sahaja sempat snap sebab sedap sangat kan.



Ayam Masak Merah

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - Mek agak agak je
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal - Mek tak letak

Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.

Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi dan kacau, masukkan air jika suka kuah yang kurang pekat.

Selepas itu Masukkan santan , tomata, gula dan garam. Kacau dan tutup api bila sudah masak sepenuhnya.

Siap.

Bolehla dimakan dengan nasi tomato, nasi minyak untuk tetamu yang datang. Apa lagi, jom ke dapur.


Thursday, 6 April 2017

Kek Pisang Sedap


Kek Pisang Sedap

Sesuai di makan pagi atau petang hari. Sesuai juga di majlis keraian nikah kahwin, tahlil, bertunang, meeting , majlis hari jadi dan lain lain. Sesuai juga untuk majlis majlis terbuka atau open house.
Harga dibawah ye.


Kek Pisang Sedap LESS sugar
RM 10 Sekotak. 8" x 8"
RM 15 Sekotak 10" x 10"




  

Untuk yang tak gemar membeli dan ingin cuba buat sendiri, sila tengok resepi di bawah ye.

Resepi Asal dari Azlina Ina

Bahan- bahan
Pisang Berangan 3biji atau pisang emas 4Biji
1 Cawan Gula Castor ( Mek letak 1/2 cawan )
3 Biji Telur Gred A - Kalo guna gred B 4Biji ye
1 Sudu Besar Ovellette 
1 Cawan Minyak Masak
1 1/2 Tepung Gandum *
1/2 Sudu Kecil Soda Bicarbonat* ( Mek Letak 1Sudu )
1 Sudu Kecil Baking Powder* ( Mek Letak 3/4 Sudu Besar )
4 Sudu Besar Tepung Jagung*
1 Sudu penutup esen vanilla atau Perasa Vanila

Cara Cara
1. Lenyekkan pisang dan biarkan seketika.
2. Masukkan gula, minyak, ovellete dan telur dalam blender. Blend selama 1-2minit, pastikan gula hancur ye.
3. Selepas itu masukkan pisang yang dilenyek tadi dan blend skali lagi biar sebati.
4. Ayak bahan yang bertanda * dan masukkan dalam bowl.
5. Masukkan bahan blender tadi di dalam bowl yang berisi tepung tadi and whick biar sebati.
6. Akhir sekali masukkan esen vanila dan kacau.
7. Sediakan baking paper dalam bekas atau sapukan minyak atau butter atas bekas. Sesudah itu tuangla adunan tadi. Pada yang nak letak pisang tu hirisla pisang ye, sesuka hati la nak nipis atau tebal. Mek suka tebal, tak adalah pisang mek hangus.
8. Bakar pada suhu 170 darjah , 35 Minit - Bergantung pada oven masing masing ye.


 

Sunday, 26 March 2017

Hokkaido Chiffon Cupcake


Hokkaido Chiffon Cupcake

Anda tercari cari cupcake yang lembut dan cair dimulut?? Mek ada jual hokkaido Chiffon Cupcake. Alhamdullilah diterima baik oleh pelanggan Mek 😊 .

Harga seperti dibawah ye :-

Minimal order 9 pcs per box.
Cream Hokkaido RM 15.00
Custard Hokkaido RM 23.00
Cream Caremel Hokkaido RM 25.00
Cream Cheese Hokkaido RM 27.00

Kalau nak order sila whatsapp Mek tanpa save number ye.

Www.wasap.com.my/60189894560

Cam biasa Mek hanya COD on weekend ye. Hari bekerja self pickup dekat office Mek PJ.

#hokkaidochiffoncupcake
#hokkaidochiffoncupcakeshahalam









Creampuff



Creampuff

Lama tak update blog. Seriously ni baru Mek nak start balik dan perubahan dari Nik ke nickname Mek. 

Mek dah lama jual creampuff starting dari tahun lepas lagi. Alhamdullilah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan Mek.

Sila refer harga seperti dibawah ye. Kalo nak order boleh PM atau whatsapp Mek tanpa save number mek di contact phone awak awak semua. 👇

1 Pack ( 8pcs ) - RM 5.00
1Box ( 40pcs ) - RM 25.00
1Box ( 50pcs ) - RM 30.00 

 Www.wasap.com.my/60189894560

Mek buat COD on Weekend je ye. Hari bekerja self pickup kat office Mek kat PJ

#creampuff
#creampuffgebugebas
#creampuffshahalam
#creampuffkgmelayusubang





Botanical Skincare by Mary Kay


Botanical Skincare by Mary Kay



Gambar Mek selepas pakai skincare dan make up #marykay

Produk yang benar benar membuatkan Mek terpegun, bukan dari segi kehebatan skincare nye malah dari semua sudut produk ini. Jom terjah.

*****************************************************************
Semalam Mek share gambar new Mek kan- Refer FB page @Nik Yusrina Nik Mahayuddin ,Perghhh masih terasa lagi kelembutan skincare dan make up set dari #marykay ni. Serious Mek tak tipu sebab Mek xpakai pencuci muka hampir 6bulan lepas adelia umur 3bln gara gara hbis pencuci muka.
Semalam habis kulit kulit sel mati Mek kena remove...hehhehe suka sgt. Lembut dan tegang je.😍😍😍

Siapa nak jugak rasa pengalaman cam Mek ni PM ye. 👇
Www.wasap.com.my/60189894560

SET BOTANICAL EFFECT MARY KAY
-------------------------------------------------------------
🌹CLEANSER
-Membersih, melembab dan menyegar dalam satu langkah berkesan. Bantu kekalkan keseimbangan kulit supaya kulit licin, terhidrat dan sihat.

🌹FRESHEN (TONER)
-Cepat menyerap dan seimbangkan kulit serta memperbaiki tekstur kulit

🌹HYDRATE (MOISTURISER)
-Cepat menyerap dan lembab kan kulit serta membantu kulit sentiasa terhidrat. Makin lembab kulit kite makin senang utk dirawat

🌹MASK
-Menanggalkan kotoran sehingga ke dalam pori dan menanggalkan sel kulit mati serta menyedut lebihan minyak yg tersimpan dalam kulit

Jangan disimpan kulit yg tidak sihat, lagi muda lagi baik taww nk pki skincare ni sbb dari skrg kulit memerlukan penjagaan  yang rapi, muka nk tgok lama2 taw..nk kulit sihat & comey..pkai la

#marykayklang #marykaymalaysia #marykayselangor #marykaycosmetics #marykayshahalam #marykaykgmelayusubang
#freepostage 😘😘😘