Tuesday, 23 June 2015
Pahala Di Bulan Puasa untuk Perempuan Dalam Haid/Nifas
Pernah tak terpikir untuk mendapatkan pahala di bulan ramadhan walaupun ketika kita di dalam keadaan yang tidak suci maksudnya dalam keadaan haid/nifas? Nik pun terpikir jugak, ilmu agama takdela banyak pon, tapi suka kongsi sebab jumpa menda ni dalam facebook. Nak share facebook page plak Nik lupa nak like plak.
Tapi Nik ada ingat beberapa tips. Sila la scroll ye. Subhanallah, semoga kita amalkan.
1. Berdoa dan Berzikir
2. Membantu dan menyediakan makanan untuk berbuka puasa bagi orang lain
3.Membantu orang lain yang di dalam kesusahan
4.Beristifar and bersedekah
5.Mendorong orang lain melakukan ibadah
6.Mencari Ilmu
7. Menjauhi perkara yang dilarang
nanti google la ye..ini je Nik ingat. ekekekeke
Wednesday, 17 June 2015
Piccadilly Restaurant @ PJ Selangor
Pernah makan tak kat Piccadilly restaurant kat PJ? restaurant ni nampak mewah tapi actually murah je and affordable bagi kita yang hanya gaji ciput. Bolehla kalau nak makan 3kali sebulan kat sini.hahahahahah...semua makanan dia sedap-sedapp seriuosly dengan menu beratus dari east to west katakan..
Ok tak nak cakap banyak, silala menjamu selera. Nie kita orang ge makan sehari sebelum puasa.
Extra Virgin Olive Oil Beef Fettuccini |
Seafood Cabonara Spagetti |
Grill Chicken Chop |
Tuesday, 16 June 2015
Mudahnya Menjemput Rezeki Allah S.W.T
Pernah baca tak buku agama nie "Mudahnya Menjemput Rezeki" oleh Fathuri Salehuddin. Buku ini mengandungi banyak maksud tersirat dan betapa senangnya kita mendapat rezeki yang diberkati Allah S.W.T
Rugi kalau tak baca buku nie. Memang ada benarnya bahawa Solat 5 waktu menjanjikan kedamaian hati serta rezeki ke atas kita. Ingatla kawan-kawan kita sebagai hamba Allah Yang Maha Esa ini harus bersyukur setiap apa yang dikurniakan kepada kita.
Jangan lupa baca tau. Banyak manfaat baca buku ni, sekurang-kurangnya membuka bekung didada kita semua. InsyaAllah.
Durian Stall @ Seksyen 19 Petaling Jaya
16.06.2015 hari selasa sebelah petang, semua orang berkumpul kat office bergerak ke destinasi. Perghhh punyala jem nak pergi durian stall nie..hahahahha makan punya pasal xpe. Perut dah keroncong dahhh.
Sampai je sane, guys yg pilihkan durian, kita orang makan dari gred yang paling bawah hingga paling sedap. Antara Gred yang ada D24, D101, Musang King & Udang Merah.
D24 dengan udang merah paling sedapppp. Hehehehehhe puas makan. Xpanas pon badan.
Monday, 15 June 2015
Percutian Di Kundasang ( 14.03.2015 )
Gambar ni dekat kundasang, we all stay dekat Kiram Village. Very nice view macam oversea. Nampak tak gunung kinabalu kat belakang tu? ekekekekekekke
Makan Seafood tak ingat kat kawan kawan lain kat semenanjung. Perghhhh sedappp bahh. Boleh saja kalau kau!
Kinabalu Park. Bagi makan kacang kat tupai..memang jinakk bahh
Happy sangat time ni kat kinabalu park
Gambar yang nie dok menyengehh..hahahah happy sangat boleh ge main air..padahal takut air...nak ge pulau manukan tengok ikan dengan coral. Nice tauuu
Prosedur Nikah Kahwin Di Selangor
Ringkasan : Checklist kalau nak Nikah di Selangor :
- Pergi Kursus Pra-Perkahwinan kat mana mana negeri pun
- Dapat kan Borang 2C dan 2D di Online JAIS. http://ncr.jais.gov.my
- Buat Ujian Saringan HIV di klinik-klinik kerajaan.
- Lengkapkan borang dan lampirkan dokumen sokongan. Sekurangnya 2 bulan sebelum akad nikah
- Dapatkan pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah (PPN) Qariah.
- Dapatkan kebenaran nikah dari Pejabat Agama Islam Daerah.
- Serahkan kebenaran berkahwin kepada PPN Qariah
- Akad Nikah dijalan kan.
- Ambil surat perakuan nikah di JAIS/PAID
Dokumen yang diperlukan
- Salinan IC / Passport (Jika bukan warganegara)
- Salinan IC / Passport 2 orang saksi (Jika bukan warganegara)
- Salinan Sijil Pra-Perkahwinan (Diiktiraf JAKIM/JAIS/JAWI/JAIN)
- Keputusan Ujian Saringan HIV
- Salinan borang permohonan 2C (Jika pemohon nikah luar daerah / Negeri / Negara)
- Surat pengesahan mastautin pemohon dari penghulu/ketua kampung/ nazir masjid/pengerusi JKKK
- Borang kelulusan berkahwin / Surat kebenaran berkahwin bagi lelaki
- Surat perakuan/pengesahan/akuan sumpah nikah ibu bapa (jika perempuan anak sulung @ wali adalah abg lelaki yang sulung)
Sunday, 14 June 2015
Engagement Day - 13.06.2015
E-Day, kalau imbau balik memang tersenyum sorang sorang, hihihihihi. Walaupun penuh dengan dugaan dan onak duri dilalui sepanjang perkenalan kami berdua. Jodoh itu di tangan Allah, sudah tercatat di Luh Mahfuz.
Alhamdullilah semuanya berjalan lancar walaupun majlis memang cukup sederhana dan simple. Cukupla hanya untuk mengikat tali pertunangan, bukan untuk bermegah- megah.
Pihak lelaki membawa sebentuk cincin pertunangan, manakala pihak nik pulak membalas 3 dulang, semuanya makanan, Cheese Cake sponsor dari Abang Zizie ( Officemate ), Wajik aka Pulut Manis sponsor dari Zila ( Officemate ) dan Coklat, ini Nik beli dan gubah. Simple je..hahahhaha budget.
Hanya beberapa keping gambar boleh dikongsi bersama. Gambar Nik tak photogenik dihari kejadian...ekekekekke nervous agaknya..hahahahah.